Latar Belakang
1. Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah tabung amanah (charitable trust) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan melalui Surat Cara Amanah bertarikh 14 September 1992. Aspek operasi TAWP adalah selaras dengan peruntukan seksyen 37 Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208].
2. TAWP telah ditadbir urus oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak penubuhannya sehinggalah dipindahkan ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bulan Februari 2014.
3. Objektif utama penubuhan TAWP adalah untuk memberi bantuan kebajikan kepada penerima manfaat yang terdiri daripada pesara polis, bekas polis, petugas polis era darurat dan waris.
4. Pemberian bantuan kebajikan kepada penerima manfaat adalah merangkumi aspek bantuan khairat kematian, perubatan, pendidikan, bencana dan ziarah kebajikan.
5. Sumber pendapatan TAWP diperoleh melalui sumbangan orang ramai sama ada melalui individu, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan / persatuan.
Kategori Bantuan
|
TENTANG BANTUAN
|
SYARAT & KELAYAKAN
|
|
TAWP 1 – Khairat Kematian
- Bantuan kewangan yang diberikan kepada waris untuk membantu menampung kos pengurusan jenazah dan perbelanjaan berkaitan kematian apabila penerima manfaat (pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat atau pasangan) meninggal dunia.
|
- Kategori Penerima Manfaat
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat meninggal dunia.
- Pasangan yang dikahwini oleh pesara polis / bekas polis/ petugas polis era darurat sebelum atau semasa tempoh berkhidmat dengan PDRM meninggal dunia dan didaftarkan dalam Kad Pesara JPA.
- Kategori Pemohon
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat; atau
- Pasangan (balu / duda); atau
- Anak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sekiranya anak berumur kurang daripada 18 tahun, permohonan hendaklah dikemukakan melalui penjaga dengan disertakan salinan surat akuan bersumpah; atau
- Penjaga bagi pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat yang sebatang kara dan tidak mempunyai waris (ibu/ bapa / pasangan / anak).
- Tempoh Masa Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian.
|
|
TAWP 2 – Pergerakan & Anggota Palsu
- Bantuan yang diberikan kepada penerima manfaat melalui kaedah tuntutan bayaran balik oleh pemohon bagi pembelian peralatan pergerakan dan anggota palsu seperti tongkat, walking frame, kerusi roda, katil hospital atau lain-lain peralatan yang bersesuaian.
|
- Kategori Penerima Manfaat
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat.
- Pasangan yang dikahwini sebelum atau semasa dalam tempoh berkhidmat dengan PDRM dan didaftarkan dalam Kad Pesara JPA.
- Kategori Pemohon
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat; atau
- Pasangan (suami / isteri); atau
- Anak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sekiranya anak berumur kurang daripada 18 tahun, permohonan hendaklah dikemukakan melalui penjaga dengan disertakan salinan surat akuan bersumpah; atau
- Penjaga bagi pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat yang sebatang kara dan tidak mempunyai waris (ibu/ bapa / pasangan / anak).
- Tempoh Masa Permohonan
- Permohonan tuntutan hanya layak dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa bantuan yang sama tidak dituntut daripada mana-mana jabatan / agensi lain [contoh: Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal]. Sekiranya permohonan yang sama didapati telah dituntut daripada lain-lain jabatan / agensi, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan.
|
|
TAWP 3 – Perubatan & Sakit Terlantar
- Bantuan yang diberikan kepada penerima manfaat melalui kaedah tuntutan bayaran balik oleh pemohon bagi pembelian
- Peralatan perubatan yang tidak dibekalkan oleh kerajaan; atau
- Ubat-ubatan yang tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan atau klinik kerajaan.
- Bantuan sakit terlantar (TAWP 3A) adalah bantuan kewangan (secara one-off) yang diberikan kepada pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat yang sakit terlantar, tidak lagi berupaya untuk menguruskan diri sendiri dan memerlukan bantuan sepenuhnya.
|
- Kategori Penerima Manfaat
Perubatan:
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat.
- Pasangan yang dikahwini sebelum atau semasa dalam tempoh berkhidmat dengan PDRM dan didaftarkan dalam Kad Pesara JPA.
TAWP 3(A) – Bantuan Sakit Terlantar:
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat.
- Kategori Pemohon
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat; atau
- Pasangan (suami / isteri); atau
- Anak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sekiranya anak berumur kurang daripada 18 tahun, permohonan hendaklah dikemukakan melalui penjaga dengan disertakan salinan surat akuan bersumpah; atau
- Penjaga bagi pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat yang sebatang kara dan tidak mempunyai waris (ibu/ bapa / pasangan / anak).
- Tempoh Masa Permohonan
- Bagi permohonan bantuan TAWP 3 – Perubatan, tuntutan hanya layak dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- bantuan TAWP 3(A) – permohonan adalah layak dikemukakan satu (1) kali sahaja seumur hidup sama ada melalui pemohon / waris atau pihak Kontinjen.
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa bantuan yang sama tidak dituntut daripada mana-mana jabatan / agensi lain [contoh: Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal]. Sekiranya permohonan yang sama didapati telah dituntut daripada lain-lain jabatan / agensi, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan.
|
|
TAWP 4 – Pendidikan
- Bantuan untuk membiayai pendidikan anak pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat (secara one-off) bagi institusi dan peringkat pengajian seperti berikut:
- Sekolah pendidikan khas untuk anak OKU; dan
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sama ada tempatan atau luar negara bagi peringkat pengajian diploma atau ijazah sarjana muda pertama sahaja.
|
- Kategori Penerima Manfaat
- Anakpesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat hasil daripada perkahwinan sebelum atau semasa berkhidmat dalam PDRM yang ditanggung sepenuhnya oleh pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
- Anak pesara polis/ bekas polis / petugas era darurat hendaklah berumur tidak melebihi 21 tahun semasa tarikh pendaftaran / kemasukan ke IPTA/IPTS.
- Anak OKU layak untuk memohon bagi salah satu peringkat pengajian (sekolah pendidikan khas OKU atau IPTA / IPTS) tanpa had umur.
- Kategori Pemohon
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat; atau
- Pasangan (suami / isteri); atau
- Anak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sekiranya anak berumur kurang daripada 18 tahun, permohonan hendaklah dikemukakan melalui penjaga dengan disertakan salinan surat akuan bersumpah; atau
- Penjaga bagi pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat yang sebatang kara dan tidak mempunyai waris (ibu/ bapa / pasangan / anak).
- Tempoh Masa Permohonan
- Sekolah pendidikan khas OKU – tempoh permohonan hendaklah tidak melebihi 12 bulan dari tarikh pendaftaran.
- IPTA / IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) – tempoh permohonan hendaklah tidak melebihi 12 bulan dari tarikh pendaftaran.
- Program berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya atau menerima tajaan / elaun bulanan daripada kerajaan / mana-mana pihak adalah tidak layak dipertimbangkan.
|
|
TAWP 5 – Bencana
- Bantuan yang diberikan apabila rumah kediaman yang didiami atau dimiliki oleh pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat atau pasangan yang menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran (bukan akibat kecuaian manusia/teknikal), ribut taufan, gempa bumi dan tanah runtuh.
|
- Kategori Penerima Manfaat
- Pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat; atau
- Pasangan yang dikahwini oleh pesara polis / bekas polis / petugas polis era darurat sebelum atau semasa tempoh berkhidmat dengan PDRM.
- Kategori Pemohon
- Pesara polis / Bekas polis / Petugas polis era darurat.
- Pasangan (suami / isteri / balu / duda).
- Anak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sekiranya anak berumur kurang daripada 18 tahun, permohonan hendaklah dibuat melalui penjaga dengan disertakan surat akuan bersumpah.
- Tempoh Masa Permohonan
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kejadian (tarikh adalah berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat).
- Permohonan bantuan adalah terhad dua (2) kali setahun tanpa mengambil kira apa jua jenis bencana yang dialami.
|
Kaedah Permohonan
Secara atas talian melalui Sistem e-Pesara PDRM (epesara.rmp.gov.my)
Sumbangan Kepada TAWP
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
No. Akaun: 1102288843