Penjelasan Permohonan
Mengikut Peraturan 3(2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap anggota polis atau tentera yang telah tamat perkhidmatan adalah
wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh
30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.
Syarat Permohonan
- Pemohon mestilah hadir dimana-mana kuanter JPN.
- Borang permohonan JPN.KP01 boleh didapati di mana-mana pejabat JPN yang berhampiran yang telah diisi dengan lengkap. Sekiranya pemohon adalah pemegang kad pengenalan plastik (KPP) atau kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) yang kali terakhir di pegang sebelum menyertai polis/tentera.
Prosedur Permohonan
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).
Dokumen Sokongan
1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan).
1 Salinan Kepada
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan
(Hal Ehwal Pesara Polis),
Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan,
Tingkat 25, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
1 Salinan Kepada
Unit Kad Kuasa, Cawangan Rekod Personel,
Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan,
Tingkat 13, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
3 Salinan bagi urusan di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaraan Negara yang berhampiran.
2. Dokumen Sokongan
- Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Bayaran / Fi
Bayaran PERCUMA
Borang Permohonan Kad Pengenalan Pesara Polis
Makluman:
-
Bagi urusan, sila gunakan borang asal yang boleh diperolehi di kaunter JPN seluruh Malaysia; dan
-
Borang Permohonan JPN.KP01 yang diperolehi di kaunter JPN perlu diisi dengan lengkap.
Contoh Kad Pengenalan Pesara Polis

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara