Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Diraja Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis telah ditubuhkan pada 9 Ogos 2012 bagi memelihara silaturrahim di antara pesara polis dan Pasukan.
Bahagian ini beroperasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Pengurusan berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).
Fungsi
Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis berfungsi sebagai :
- Menguruskan Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP);
- Menguruskan Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi kategori pesara;
- Menguruskan jemputan pesara bagi majlis yang melibatkan agensi kerajaan;
- Menguruskan aktiviti-akitiviti melibat pesara dan bakal pesara; dan
- Mengadakan lawatan kebajikan dan kematian yang melibat pesara dan bekas polis.
Aktiviti-Aktiviti Bersama Pesara
Pesara dan bekas polis adalah aset berharga di dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam aktiviti pencegahan jenayah sebagai agen mengumpul atau menyalurkan maklumat keselamatan adalah penting bagi mencapai matlamat kesejahteraan masyarakat setempat.
Majlis-majlis rasmi seperti Hari Polis, Hari Pahlawan, Sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara dan sesi-sesi perjumpaan dengan pucuk pimpinan Kerajaan atau Pasukan merupakan landasan untuk merapatkan silaturrahim di antara pesara dan Pasukan. Justeru, pesara polis akan terus kekal menjadi sebahagian dari warga Polis Diraja Malaysia.