KAD PESARA PDRM
Tujuan Kad Pesara Polis dibekalkan kepada Pesara yang menerima pencen adalah untuk mengenang jasa mereka kepada Pasukan PDRM sepanjang perkhidmatan sekaligus merupakan kad pengesahan Pesara Polis. Kad ini digunakan dalam urusan-urusan rasmi yang melayakkan Pesara Polis dan tanggungan menikmati kemudahan dan bantuan yang disediakan.
PEMILIK KAD PESARA PDRM
- Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang akan menjalani persaraan wajib / pilihan sendiri / sebab kesihatan;
- Pesara Polis yang memiliki Kad Pesara JPA dan menerima pencen; dan
- Tidak layak memegang Kad Pesara sekiranya diberhentikan atas sebab tatatertib dan tamat perkhidmatan.
KEISTIMEWAAN KAD PESARA PDRM
- Permohonan bantuan kebajikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP);
- Permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara; dan
- Tuntutan menghadiri istiadat penerimaan pingat.
KAEDAH PERMOHONAN BARU
Permohonan Kad Pesara boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Daftar sebagai pengguna Sistem ePesara PDRM;
- Layari Sistem ePesara PDRM dengan membuat permohonan secara online;
- Memuat naik dokumen yang diperlukan;
- Pilih lokasi pengambilan kad pesara;
- Semak status permohonan melalui inbox status Sistem ePesara PDRM;
- Ambil kad di lokasi yang dinyatakan.
PENGGANTIAN KAD PESARA
Kategori penggantian Kad Pesara adalah seperti berikut :
- Rosak
- Hilang
- Kenaikan Pangkat
- Pindaan Maklumat
KAEDAH PERMOHONAN PENGGANTIAN KAD
Permohonan Kad Pesara boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Daftar sebagai pengguna Sistem ePesara PDRM;
- Layari Sistem ePesara PDRM dengan membuat permohonan secara online;
- Pilih mengikut kategori;
- Memuat naik dokumen yang diperlukan;
- Pilih lokasi pengambilan kad pesara;
- Semak status permohonan melalui inbox status Sistem ePesara PDRM;
- Penyerahan kad pesara lama dan pengambilan kad pesara baru di lokasi yang dinyatakan.
TEMPOH PERMOHONAN KAD
- 5 hari bekerja daripada tempoh permohonan lengkap diterima oleh Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personel), Jabatan Pengurusan.
SPESIFIKASI GAMBAR
- Gambar berukuran pasport(bersaiz 4cm (lebar)X 5cm (tinggi)) berlatar belakang BIRU tanpa bayang;
- Saiz untuk muat naik gambar melalui sistem hendaklah 50KB ke atas;
- Wajah memandang tepat ke arah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan menutup mulut;
- Rambut hendaklah kemas dan tidak melindugi wajah;
- Misai hendaklah kemas dan tidak berjambang;
- Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan;
- Gambar beruniform pangkat terakhir NOMBOR 5 atau NOMBOR 6 diambil separas tiga butang uniform dan tangan bersalaman tanpa pemakaian peak cap, bowler hat, selempang dan cross belt;
- Pakaian preman berkolar tanpa topi atau songkok atau kopiah bagi lelaki;
- Pakaian preman kemas dan tudung berwarna HITAM atau BIRU GELAP dan tidak menutupi dahi bagi wanita yang bertudung;
- Pakaian preman kemas dan rambut tidak menutupi wajah bagi wanita tidak bertudung.
CONTOH GAMBAR BERUNIFORM

CONTOH GAMBAR BERPAKAIAN PREMAN

Sumber:
Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personel), Jabatan Pengurusan
DIREKTORI URUS TADBIR
|
Bil
|
Ibu Pejabat Bukit Aman
|
Peranan / Fungsi
|
No Telefon
|
|
1
|
Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personal) Bukit Aman
|
- Menyemak dan memproses permohonan
- Mencetak kad pesara
- kemaskini status kad telah siap.
|
03-22668188
03-22668187
03-22668209
|
|
Bil
|
Kontinjen
|
Peranan / Fungsi
|
Nombor Telefon
|
|
1.
|
HEA / HEPP Sarawak
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Sarawak
|
08-2274031
|
|
2.
|
HEA / HEPP Sabah
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Sabah
|
088-454123
|
|
3.
|
HEA / HEPP Negeri Sembilan
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Sembilan
|
06-7682232
|
|
4.
|
HEA / HEPP Melaka
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Melaka
|
06-2854222
Ext 4399/4513/4512
|
|
5.
|
HEA / HEPP Johor
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Johor
|
07-2254172
07-2254169
|
|
6.
|
HEA / HEPP Kuala Lumpur
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Kuala Lumpur
|
03-21460419
|
|
7.
|
HEA / HEPP Selangor
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Selangor
|
03-55146450
|
|
8.
|
HEA / HEPP Pahang
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Pahang
|
09-5052042
|
|
9.
|
HEA / HEPP Terengganu
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Terengganu
|
09-6354722
Ext 4907/4740
|
|
10.
|
HEA / HEPP Kelantan
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Kelantan
|
09-7455623
Ext 5777
|
|
11.
|
HEA / HEPP Kedah
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Kedah
|
04-7741244
|
|
12.
|
HEA / HEPP Pulau Pinang
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Pulau Pinang
|
04-2221519
|
|
13.
|
HEA / HEPP Perlis
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Perlis
|
04-9872222
Ext 2383/4003
|
|
14.
|
HEA / HEPP Perak
|
lokasi serah menyerah kad pesara di Negeri Perak
|
05-2451144
|
Sumber: Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personel), Jabatan Pengurusan